ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 121. Menggunakan sebagai keterangan dokumen yang telah enggan dikemukakan setelah notis diberi.

Apabila sesuatu pihak enggan mengemukakan sesuatu dokumen yang dia telah diberi notis supaya mengemukakannya, maka dia tidak boleh kemudiannya menggunakan dokumen itu sebagai keterangan tanpa persetujuan pihak lain itu atau perintah Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.