ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN VI - MASJID



Seksyen 73. Sekatan membina masjid.

(1) Tiada seorang boleh, tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis, mendirikan apa-apa bangunan untuk digunakan sebagai masjid, atau menjadikan atau menggunakan sebaliknya mana-mana bangunan bagi tujuan masjid, atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana bangunan digunakan sebagai masjid.

(2) Majlis tidak boleh memberi kebenaran di bawah subseksyen (1), kecuali tapak bangunan bagi masjid yang dicadangkan itu telah dijadikan wakaf kekal selama-lamanya.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.