ENAKMEN 2 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 1985

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 123. Poligami tanpa kebenaran Mahkamah.

Jika seseorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana juapun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu dari Mahkamah maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-keduanya denda dan penjara itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.