ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN.
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 102. Soalan tidak boleh ditanya tanpa alasan-alasan yang munasabah.
Tiadalah sesuatu soalan seperti yang tersebut dalam seksyen 101 patut ditanya melainkan jika orang yang menanyakan itu ada mempunyai alasan-alasan yang munasabah bagi memikirkan bahawa tohmahan yang dibayangkan oleh soalan itu adalah cukup berasas.
MISALAN
(a)
Seorang peguam adalah diberitahu oleh seorang peguam bahawa seorang saksi yang rnustahak adalah seorang yang hidup dengan berjudi. Ini adalah suatu alasan yang munasabah bagi menanya saksi itu sama ada ia seorang yang hidup dengan berjudi.
(b)
Seorang peguam adalah diberitahu oleh seorang di dalam Mahkamah bahawa seorang yang hidup dengan berjudi. Apabila disoal oleh peguam itu, orang yang memberitahu itu memberikan sebab-sebab yang memuaskan atas kenyataannya itu. Ini adalah suatu alasan yang munasabah bagi menanya saksi itu sama ada ia seorang yang hidup dengan berjudi.
(c)
Seseorang saksi yang tiada apa-apa pun diketahui mengenainya adalah ditanya secara rambang sama ada ia seorang yang hidup dengan berjudi. Di sini tiadalah apa-apa alasan yang munasabah bagi soalan itu.
(d)
Seseorang saksi yang tiada apa-apa pun diketahui mengenainya memberi jawapan-jawapan yang tidak memuaskan apabila ditanya tentang cara hidup dan mata pencariannya. Ini boleh jadi suatu alasan yang munasabah bagi menanyakan sama ada ia seorang yang hidup dengan berjudi.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.