ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN
Seksyen 72. Hak tempat tinggal
(1) Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa berkahwin selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai untuknya.
(2) Hak tempat tinggal yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) akan terhenti-
(a) jika tempoh 'iddah telah tamat;
(b) jika tempoh penjagaan anak telah tamat;
(c) jika perempuan itu telah berkahwin semula; atau
(d) jika perempuan itu telah bersalah melakukan perbuatan yang keji secara nyata (
fahisyah
),
dan sesudah itu suami boleh memohon kepada Mahkamah supaya dikembalikan rumah itu kepadanya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.