ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN VII - PERKARA AM
BAB XXVII - PERKARA AM



Seksyen 214. Kuasa Mahkamah memanggil dan memeriksa seseorang.

Mana-mana Mahkamah boleh di mana-mana peringkat perbicaraan atau prosiding lain di bawah Enakmen ini memanggil seseorang sebagai saksi atau memeriksa seseorang yang hadir sungguhpun ia tidak dipanggil sebagai saksi atau memanggil semula dan memeriksa seseorang yang telah diperiksa dan Mahkamah hendaklah memanggil dan memeriksa atau memanggil semula dan memeriksa semula mana-mana saksi jika keterangannya didapati perlu demi keadilan untuk keputusan kes itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.