ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PELBAGAI



Seksyen 29. Pertukaran nama Mahkamah Rayuan.

(1) Apabila sahaja mula berkuatkuasanya Enakmen ini, Mahkamah Rayuan hendaklah dikenali sebagai Mahkamah Rayuan Syariah dan hendaklah disifatkan sebagai Mahkamah Rayuan Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 3.

(2) Orang-orang yang sebaik sahaja sebelum berkuatkuasa Enakmen ini (selain daripada Kadi Besar dan Timbalan Kadi Besar) dilantik di bawah subseksyen (2) seksyen 10 Enakmen Mahkamah Syariah 1983 hendaklah apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini terus memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dilantik di bawah perenggan (c) seksyen 5 sehingga tempoh perlantikannya tamat atau sehingga perlantikannya ditamatkan, mengikut mana yang berkenaan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.