ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN III - PIHAK-PIHAK
Seksyen 19. Pemberhentian prosiding.
Dalam perkara berlakunya pernikahan, kematian atau kebankrapan mana-mana pihak-
(
a
) jika alasan tindakan luput, tindakan-tindakan itu hendaklah terhenti kecuali seperti yang diperuntukan dalam perenggan (
c
);
(
b
) jika alasan tindakan berterusan prosiding adalah tidak semestinya menjadi terhenti atau menjadi cacat;
(
c
) dalam hal kematian selepas penamatan perbicaraan tetapi sebelum penghakiman diberi, prosiding tidak semestinyalah terhenti dan penghakiman boleh diberi.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.