ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN 1 - PERKAITAN
BAB 2 - QARINAH
Seksyen 16. Bilakah wujudnya perjalanan urusan menjadi qarinah.
Apabila ada soal sama ada suatu perbuatan tertentu telah dilakukan, wujudnya apa-apa perjalanan berkaitan dengan urusan yang menurutnya perbuatan itu mungkin telah dilakukan adalah suatu qarinah.
MISALAN
(a)
Soalnya ialah sama ada suatu surat tertentu telah dikirimkan:
Nyataan bahawa telah menjadi perjalanan urusan biasa bagi segala surat diletakkan di suatu tempat dibawa ke pejabat pos adalah qarinah.
(b)
Soalnya ialah sama ada suatu surat tertentu telah sampai kepada A:
Nyataan bahawa ia telah diposkan dalam masa yang sepatutnya dan telah dikembalikan melalui Bahagian Surat Kiriman Mati adalah qarinah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.