ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 77. Butir-butir mengenai masa, tempat dan orang.

Pertuduhan hendaklah mengandungi apa-apa butir mengenai masa dan tempat kesalahan yang dikatakan itu dan orang, jika ada, yang terhadapnya atau benda, jika ada, yang berkenaan dengannya kesalahan itu telah dilakukan yang semunasabahnya mencukupi supaya tertuduh itu dimaklumkan perkara yang dia dipertuduhkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.