ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
SEBANYAK MANA SATU PERNYATAAN DIKEHENDAKI DIBUKTIKAN



Seksyen 27. Apa keterangan yang dikehendaki diberi apabila pernyataan menjadi sebahagian daripada percakapan, dokumen, buku atau satu siri surat atau kertas.

Apabila sesuatu pernyataan yang mengenai keterangan diberi adalah sebahagian daripada suatu pernyataan yang lebih panjang, atau sebahagian daripada percakapannya, atau sebahagian daripada suatu dokumen yang terasing atau ada terkandung dalam suatu dokumen yang menjadi sebahagian daripada sebuah buku atau sebahagian daripada siri surat atau kertas yang berhubungkait, keterangan hendaklah diberi mengenai hanya sekian banyak sahaja dan tidak lebih daripada pernyataan, percakapan, dokumen, buku atau siri surat atau kertas itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Mahkamah dalam kes yang tertentu itu untuk memahami dengan sepenuhnya tentang jenis dan natijah pernyataan itu dan tentang hal keadaan dalam mana pernyataan itu telah dibuat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.