ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN IV - MASJID



Seksyen 81. Sekatan membina masjid.

(1) Tiada seorang boleh, tanpa kebenaran bertulis dari Majlis, mendirikan mana-mana bangunan untuk digunakan sebagai masjid, atau menggunakan mana-mana bangunan atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana bangunan digunakan sebagai masjid.

(2) Majlis tidak boleh memberi kebenaran di bawah subseksyen (1), kecuali tapak bangunan bagi masjid yang dicadangkan itu telah dijadikan wakaf kekal selama-lamanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.