ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2004

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“benefisiari” ertinya orang yang menerima manfaat daripada sesuatu wasiat dan, berhubung dengan hasil daripada sesuatu wasiat, termasuk suatu tujuan agama atau khairat yang tidak bertentangan dengan Hukum Syarak;

“dilahirkan hidup” ertinya seseorang yang dilahirkan hidup menurut Hukum Syarak;

“Enakmen Pentadbiran” ertinya Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 [Enakmen No. 10/2003];

“Hakim” ertinya seorang Hakim Syarie yang dilantik mengikut Enakmen Pentadbiran;

“Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki, atau Hambali;

“harta” termasuk harta alih dan tak alih, apa-apa kepentingan dalam apa-apa harta alih atau tak alih, hak, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau yang selainnya mempunyai nilai menurut Hukum Syarak;

“harta pusaka” ertinya semua harta peninggalan orang yang mati;

iqrar” ertinya suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang, sama ada secara bertulis, lisan atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia mempunyai kewajipan atau tanggungan terhadap seseorang lain berkenaan dengan sesuatu hak;

“Mahkamah” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran;

“orang” termasuk kumpulan orang, sama ada diperbadankan atau tidak;

“orang tidak sempurna akal” ertinya—

dan termasuk mana-mana orang lain yang tidak sempurna akal yang tidak berdaya untuk menguruskan dirinya atau hal ehwalnya;

qarinah” ertinya fakta yang mempunyai kaitan dengan fakta yang satu lagi dengan apa-apa cara yang disebut dalam Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 [Enakmen No.12/2003];

“‘urf ” ertinya adat atau amalan yang diiktiraf oleh masyarakat atau golongan orang tertentu sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan;

“wali harta” ertinya seseorang yang bertanggungjawab bagi pelaksanaan sesuatu wasiat dan termasuk seseorang yang dilantik sebagai wali harta oleh Mahkamah;

“waris” ertinya seseorang yang mempunyai hak mewarisi harta pusaka menurut Hukum Syarak;

“wasi” ertinya seseorang yang kepadanya diamanahkan pelaksanaan sesuatu wasiat orang yang telah mati dan termasuk seseorang yang disifatkan dilantik menjadi wasi oleh Mahkamah;

“wasiat” ertinya iqrar seseorang yang dibuat pada masa hayatnya mengenai hartanya atau manfaat hartanya, untuk disempurnakan bagi maksud khairat atau apa-apa maksud lain yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.

(2) Semua perkataan dan ungkapan dalam Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan dalam Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan dalam Enakmen ini tetapi ditakrifkan dalam Bahagian I Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah masing-masing mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya dalam Bahagian itu setakat yang pengertian itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.

(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang sifat atau pentafsiran perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan itu yang ditunjukkan bersententangan dengannya dalam Jadual itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.