ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 84. Menggantung prosiding jika pendakwaan kesalahan dalam pertuduhan yang diubah menghendaki sanksi atau kebenaran terlebih dahulu.

Jika kesalahan yang dinyatakan dalam pertuduhan baru atau pertuduhan yang diubah atau ditambah itu adalah suatu kesalahan yang pendakwaannya memerlukan sanksi atau kebenaran terlebih dahulu, kes itu tidaklah boleh diteruskan sehingga sanksi atau kebenaran itu diperolehi, melainkan jika sanksi atau, kebenaran telahpun diperolehi bagi suatu pendakwaan atas fakta-fakta yang sama dengan fakta-fakta yang atasnya pertuduhan baru atau pertuduhan yang diubah itu adalah diasaskan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.