ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2004

BAHAGIAN V - PENERIMAAN DAN PENOLAKAN WASIAT



Seksyen 21. Penerimaan harta yang dibekues.

(1) Tertakluk kepada seksyen 17 dan 18, jika seseorang benefisiari wujud semasa kematian pewasiat, dia hendaklah berhak terhadap bekues itu dari masa kematian itu:

Dengan syarat bahawa tidak ada masa tertentu, selepas kematian itu, ditetapkan dalam bekues itu.

(2) Segala manfaat dan penambahan kepada harta yang dibekues dari masa harta itu diambil milik oleh benefisiari tidak boleh dikira sebagai sebahagian daripada bekues itu dan apa-apa perbelanjaan yang kena dibayar kepada bekues itu dalam tempoh itu hendaklah ditanggung oleh benefisiari itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.