ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992
BAHAGIAN IV - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN MARUAH AGAMA DAN INSTITUSINYA
Seksyen 14. Mencela, menghina dsb., Agama Islam.
Sesiapa yang dengan perkataan, sama ada secara lisan atau bertulis, atau dengan isyarat, atau dengan pernyataan zahir, atau dengan apa-apa perbuatan, aktiviti atau kelakuan, atau selainnya dengan apa cara jua pun-
(i) mencela atau disifatkan sebagai menghina atau cuba mencela atau menghina Agama Islam; atau
(ii) mempersenda, mengajuk atau mengejek-ejek akan amalan atau upacara yang berkaitan dengan Agama Islam, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.