ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IX - KESALAHAN



Seksyen 151. Menjalankan perkahwinan yang tidak sah.


(1) Sesiapa mengahwinkan atau menjalankan perkahwinan di antara orang-orang Islam dengan melanggar syarat-syarat dalam bahagian IV, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.

(2) Sesiapa yang dikahwinkan mengikut seksyen-kecil (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada tiga ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada dua bulan atau kedua-duanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.