ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK



Seksyen 21. Plaintif belum cukup umur mencapai dewasa.

(1) Plaintif yang belum cukup umur boleh apabila mencapai dewasa semasa prosiding belum selesai sama ada menarik balik tindakan sebelum mengambil apa-apa langkah atau meneruskannya.

(2) Kebenaran Mahkamah untuk menarik balik tindakan itu adalah tidak dikehendaki tetapi peruntukan Bahagian XIV hendaklah dipakai mengenai prosiding seterusnya.

(3) Jika plaintif menarik balik tindakannya dia sendiri tidaklah bertanggungjawab membayar kos melainkan Mahkamah membuat perintah sedemikiannya.

(4) Jika plaintif adalah lebih dari seorang plaintif belum cukup umur yang dahulu tidak boleh menarik balik tuntutan tanpa kebenaran Mahkamah tetapi boleh memohon Mahkamah melepaskannya daripada tindakan dan Mahkamah hendaklah berbuat demikian, atau jika ia pihak yang perlu memotongnya sebagai plaintif dan dijadikannya defendan mengikut had-had dan syarat-syarat yang ditentukan oleh Mahkamah.

(5) Jika plaintif meneruskan prosiding. Dia hendaklah berbuat demikian dengan memohon untuk meminda tajuk prosiding itu dan Mahkamah bolehlah memindanya dan melepaskan penjaga ad litemnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.