ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 27. Melaporkan perkahwinan yang tak sah menyalahi undang-undang.

Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap orang untuk melaporkan kepada Pendaftar tentang hal keadaan sesuatu kes yang dia berpendapat bahawa sesuatu perkahwinan yang dikatakan itu adalah tak sah atau bahawa mana-mana perkahwinan yang kena didaftarkan telah diakadnikahkan bersalahan dengan Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.