ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 4 - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNGAN DENGAN SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN



Seksyen 181. Pendengaran notis penghakiman.

(1) Mahkamah boleh, selepas mendengar penghutang penghakiman yang hadir menurut suatu notis penghakiman di bawah seksyen 180, membuat suatu perintah pengkomitan bagi tempoh yang tidak melebihi tiga puluh hari atau mengubah perintah yang disebut dalam seksyen 178 sebagaimana yang difikirkannnya adil.

(2) Jika suatu perintah pengkomitan dibuat, Mahkamah boleh memerintahkan supaya pelaksanaan perintah itu digantung dengan atau tanpa syarat untuk membolehkan penghutang penghakiman membayar amaun yang mengenainya perintah itu dibuat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.