ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN III - PERKAHWINAN DAN PENDAFTARAN



Seksyen 21. Pendaftaran perkahwinan.


(1) Perkahwinan tiap-tiap seseorang yang biasanya bermastautin dalam Negeri ini dan perkahwinan tiap-tiap seseorang yang bermukim di luar Negeri tetapi bermastautin dalam Negeri ini, hendaklah didaftarkan mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

(2) Dalam masa tujuh hari selepas akadnikah sesuatu perkahwinan maka adalah menjadi kewajipan pihak-pihak kepada perkahwinan itu termasuk orang yang telah mengakadnikahkan, fakta tentang perkahwinan itu dan segala butir-butir yang perlu mengenainya untuk dikemukakan kepada Pendaftar menerusi borang perkahwinan yang ditetapkan yang telah diisi, diaku saksi dan ditandatangani dengan sewajarnya; dan Pendaftar hendaklah dengan segera mendaftarkan perkahwinan itu mengikut Borang 3E.

(3) Adalah menjadi kewajiapan Pendaftar sebelum mendaftar sesuatu perkahwinan membuat pernyiasatan yang memuaskan hatinya bahawa segala kehendak-kehendak Hukum Syarak dan Enakmen ini mengenainya telah dipenuhi dan bahawa perkahwinan itu adalah sah dan boleh didaftarkan.

(4) Pendaftar adalah mempunyai kuasa untuk menjalankan sumpah dan ikrar dan boleh memeriksa sesiapa jua mengenai apa-apa perkara yang dikemukakan kepadanya bagi pendaftaran.

(5) Selepas mendaftarkan sesuatu perkahwinan dan selepas dibayar kepadanya bayaran yang ditetapkan, Ketua Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu Sijil Nikah dalam Borang 3F kepada kedua-dua pihak bagi perkahwinan itu.

(6) Ketua Pendaftar hendaklah juga, selepas dibayar bayaran yang ditetapkan, mengeluarkan suatu Sighah

(7) Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap orang untuk melaporkan kepada Pendaftar tentang hal keadaan sesuatu kes dalam mana ia mungkin berpendapat bahawa sesuatu perkahwinan yang kena didaftarkan telah bersalahan dengan peruntukan-peruntukan Enakman ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.