ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN III - MUFTI DAN JAWATANKUASA SYARIAH



Seksyen 34. Perlantikan Mufti.

(1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan melantik seorang yang layak dan sesuai menjadi Mufti bagi Negeri Pulau Pinang.

(2) Apabila berkuatkuasa seksyen ini orang yang menjadi Mufti bagi Negeri Pulau Pinang sebelum sahaja berkuatkuasanya seksyen ini, yang dilantik di bawah Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam 1959 [Enakmen 3/1959.] hendaklah dianggap sebagai telah dilantik di bawah seksyen ini sebagai Mufti bagi Negeri Pulau Pinang dan hendaklah terus memegang jawatannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.