ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN I - KERELEVENAN
BAB 2 - QARINAH
Kenyataan oleh orang yang tidak boleh dipanggil sebagai saksi.



Seksyen 21. Kerelevenan keterangan yang tertentu bagi membuktikan dalam prosiding yang terkemudian tentang kebenaran fakta yang disebut di dalamnya.

Keterangan yang diberi oleh seseorang saksi dalam suatu prosiding kehakiman atau di hadapan seseorang yang dibenarkan oleh undang-undang mengambil keterangan itu adalah relevan bagi tujuan untuk membuktikan dalam suatu prosiding kehakiman yang terkemudian atau pada suatu peringkat yang terkemudian dalam prosiding kehakiman itu juga, kebenaran fakta yang dinyatakan olehnya, apabila saksi itu telah mati atau tidak dapat dijumpai atau tidak berupaya memberi keterangan atau dihalang memberi keterangan oleh pihak lawannya, ataupun kehadirannya tidak boleh didapatkan tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat Mahkamah, tidak berpatutan, memandang kepada keadaan hal itu:

Dengan syarat-
Huraian - Sesuatu perbicaraan atau siasatan jenayah hendaklah disiasat sebagai satu pembicaraan di antara pendakwa dengan orang yang dituduh dalam erti seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.