ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 113. Testimoni mengenai fakta-fakta yang dinyatakan dalam dokumen yang tersebut dalam seksyen 112.

Seseorang saksi boleh juga memberi keterangan mengenai fakta-fakta yang tersebut dalam mana-mana dokumen seperti yang disebutkan dalam seksyen 112 Enakmen ini, sungguhpun dia tiada ingatan yang tepat tentang fakta-fakta itu sendiri, jika dia yakin bahawa fakta-fakta itu telah direkodkan dengan betulnya dalam dokumen itu.

MISALAN

Seseorang penyimpan kira-kira boleh memberi keterangan mengenai fakta-fakta yang telah direkodkan olehnya dalam buku kira-kira yang sentiasa dicatatkan dalam perjalanan urusan jika ia diketahui bahawa buku kira-kira itu telah dicatatkan dengan betulnya, walaupun dia telah terlupa tentang urusan-urusan yang tertentu yang telah dicatatkannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.