ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 4 - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNGAN DENGAN KETERANGAN



Seksyen 194. Laporan orang tertentu.

(1) Apa-apa dokumen yang berupa sebagai suatu laporan di bawah tandatangan mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (2) mengenai mana-mana orang, perkara atau benda yang telah diperiksa atau dianalisa olehnya atau apa-apa dokumen yang berupa sebagai suatu laporan di bawah tandatangan Pendaftar Penjenayah mengenai apa-apa perkara atau benda yang berhubungan dengan cap jari yang telah diserahkan kepadanya untuk laporan boleh diberikan sebagai keterangan dalam apa-apa perbicaraan atau prosiding lain di bawah Ordinan ini melainkan jika orang itu atau Pendaftar Penjenayah itu dikehendaki hadir sebagai seorang saksi-

Dengan syarat bahawa dalam mana-mana kes apabila Pendakwa berniat untuk memberikan sebagai keterangan mana-mana laporan sedemikian, dia hendaklah menyerahkan suatu salinan laporan itu kepada tertuduh tidak kurang daripada sepuluh hari genap sebelum perbicaraan dimulakan.

(2) Yang berikut ialah orang-orang yang baginya seksyen ini terpakai:

(3) Orang yang disebut dalam subseksyen (2) dan Pendaftar Penjenayah adalah melalui Ordinan ini terikat untuk menyatakan yang benar dalam laporan yang dibuat di bawah tandatangan mereka.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.