ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996
BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 1 - BIDANGKUASA MAHKAMAH DALAM PERBICARAAN
Seksyen 70. Jika tempat kejadian kesalahan tidak dapat ditentukan.
Apabila-
(a)
tidak dapat ditentukan di mana dari beberapa kawasan sesuatu kesalahan itu telah dilakukan;
(b)
sesuatu kesalahan dilakukan sebahagiannya di dalam satu had kawasan bidangkuasa tempatan dan sebahagiannya lagi di satu kawasan yang lain;
(c)
sesuatu kesalahan itu adalah kesalahan yang berterusan dan terus dilakukan di dalam had kawasan bidangkuasa tempatan yang lebih daripada satu; atau
(d)
ia terdiri daripada beberapa perbuatan yang dilakukan di dalam had kawasan bidangkuasa tempatan yang berIainan,
kes itu boleh didengar oleh Mahkamah yang mempunyai bidangkuasa di dalam mana-mana daripada had kawasan bidangkuasa tempatan tersebut.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.