ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH

BAHAGIAN XVI - PENGHAKIMAN DAN PERINTAH



Seksyen 135. Penghakiman, dsb. yang mengkehendaki perbuatan dilakukan; masa untuk melakukannya.

(1) Tiap-tiap penghakiman atau perintah yang menghendaki mana-mana orang melakukan apa-apa perbuatan, selain pembayaran wang, hendaklah menyatakan masa yang dalamnya perbuatan itu hendaklah dilakukan dan jika masa tidak dinyatakan sedemikian, perbuatan itu hendaklah dilakukan dalam masa tujuh hari dari tarikh penghakiman atau perintah itu.

(2) Jika orang yang dikehendakinya melakukan perbuatan itu hadir sendiri atau diwakili oleh Peguam Syarienya semasa penghakiman atau perintah diberikan atau dibuat, maka salinan penghakiman atau perintah itu tidaklah perlu disampaikan kepadanya.

(3) Jika orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu tidak hadir sendiri atau tidak diwakili, maka tiada prosiding untuk penangkapan atau pengkomitannya boleh diambil melainkan jika satu salinan penghakiman atau perintah itu yang diendorskan dengan notis dalam Borang MS 28 telah disampaikan kepadanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.