ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT



Seksyen 64. Pegawai Penguatkuasa Agama boleh menghendaki bon kehadiran pengadu dan saksi.

(1) Jika, berdasarkan suatu penyiasatan yang dibuat di bawah Bab ini, didapati oleh pegawai yang membuat penyiasatan itu bahawa ada keterangan yang mencukupi atau alasan yang menimbulkan syak yang munasabah yang mewajarkan prosiding jenayah dimulakan atau diteruskan terhadap mana-mana orang, maka pegawai itu hendaklah menghendaki pengadu itu, jika ada, dan seberapa banyak orang lain yang didapati oleh pegawai itu mengetahui hal keadaan kes itu, sebagaimana yang difikirkannya perlu, menyempurnakan suatu bon untuk hadir di hadapan Mahkamah yang disebut dalamnya dan memberikan keterangan dalam perkara pertuduhan terhadap tertuduh.

(2) Pegawai yang di hadapannya bon itu disempurnakan hendaklah menghantarkan bon itu kepada Mahkamah.

(3) Jika mana-mana pengadu atau saksi enggan menyempurnakan bon itu, maka pegawai itu hendaklah melaporkan keengganan itu kepada Mahkamah yang boleh sesudah itu, menurut budi bicaranya, mengeluarkan suatu saman atau waran untuk memastikan kehadiran pengadu atau saksi itu di hadapannya untuk memberikan keterangan dalam perkara pertuduhan terhadap tertuduh.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.