ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XIX - PROSIDING MENGENAI BEBERAPA KESALAHAN BERKENAAN PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 173. Keengganan memberi keterangan.

Jika mana-mana saksi di hadapan Mahkamah enggan memberi keterangan atau menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya atau enggan menunjukkan mana-mana dokumen di dalam milik atau kuasanya yang ia telah diminta oleh Mahkamah menunjukkannya dan tidak memberi alasan yang munasabah bagi keengganannya, Mahkamah boleh atas sebab yang direkodkan dengan bertulis menghukumnya dengan hukuman penjara tidak lebih daripada tiga puluh hari melainkan jika dalam masa ia bersetuju memberi keterangan atau disoal dan menjawab soalan itu atau menunjukkan dokumen itu. Jika ia terus enggan ia boleh diuruskan mengikut seksyen 169 atau seksyen 171 dengan tidak menghiraukan apa-apa hukuman yang mungkin telah dikenakan di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.