ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 130. Suami tidak memberi nafkah yang munasabah kepada isteri atau anak.

(1) Jika seseorang lelaki tidak memberi nafkah zahir kepada isterinya tanpa sebab yang munasabah maka dia melakukan suatu kesalahan.

(2) Seseorang bapa yang tidak memberi nafkah yang diwajibkan, kepada anak di bawah jagaannya adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Mahkamah bolehlah memerintahkan supaya suami dan bapa yang disabitkan melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) dan (2), membayar atau melaksanakan apa-apa perintah Mahkamah yang berkaitan dengan nafkah seseorang isteri atau anak di bawah jagaannya.

(4) Sesiapa yang enggan atau tidak mematuhi perintah Mahkamah di bawah subseksyen (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

(5) Hukuman yang dikenakan di bawah seksyen ini, kecuali direlakan oleh isteri atau anak di bawah jagaannya, tidak melupuskan tanggungjawab nafkah semasa atau tertangguh yang mesti dijelaskan kepada isteri atau anak di bawah jagaannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.