ORDINAN 46 TAHUN 2001
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2001

BAHAGIAN II - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN 'AQIDAH



Seksyen 4. Doktrin palsu.

(1) Mana-mana orang yang mengajar atau menjelaskan apa-apa doktrin atau melaksanakan apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubungan dengan agama Islam di mana-mana tempat, sama ada tempat persendirian atau tempat awam, adalah melakukan suatu kesalahan jika doktrin atau upacara atau perbuatan itu berlawanan dengan Undang-Undang Islam atau mana-mana fatwa yang sedang berkuat kuasa di dalam Negeri dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

(2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana dokumen atau benda yang digunakan dalam pelakuan atau yang ada kaitan dengan kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun mungkin telah disabitkan atas kesalahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.