ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGlAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB V - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA PENGEMUKAAN DOKUMEN DAN LAIN-LAIN HARTA ALIH DAN BAGI PENEMUAN ORANG YANG DlKURUNG DENGAN SALAH
Waran Geledah



Seksyen 48. Orang yang menjaga tempat tertutup hendaklah membenarkan penggeledahan.

(1) Apabila mana-mana tempat yang boleh dikenakan penggeledahan atau pemeriksaan di bawah Bab ini adalah tertutup, maka mana-mana orang yang tinggal di dalam atau yang menjaga tempat itu hendaklah, apabila dikehendaki oleh pegawai atau orang yang diberikuasa melaksanakan waran itu dan apabila waran itu dikemukakan, membenarkannya bebas masuk ke dalamnya dan memberikan segala kemudahan yang munasabah bagi penggeledahan di dalamnya.

(2) Jika tempat itu tidak boleh bebas dimasuki sedemikian, pegawai atau orang yang diberikuasa melaksanakan waran itu boleh bertindak mengikut cara yang diperuntukkan oleh seksyen 10(2).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.