ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 127. Tidak membuat laporan.

(1) Jika seseorang berkewajipan membuat sesuatu laporan di bawah Ordinan ini dan dia bersengaja cuai atau tidak berbuat demikian, maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan, jika disabitkan, hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Jika seseorang berkewajipan membuat sesuatu laporan atau dikehendaki mengemukakan sesuatu permohonan di bawah Ordinan ini atau dikehendaki memberi sesuatu maklumat atau menyempurnakan atau menandatangani apa-apa dokumen yang perlu di sisi undang-undang bagi maksud melaksanakan pendaftaran dokumen itu dan dia bersengaja cuai atau tidak membuat laporan itu atau mematuhi kehendak itu, maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan, jika disabitkan, hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(3) Jika seseorang memberi secara lisan atau bertulis kepada Pendaftar pernyataan atau akuan yang salah berkaitan dengan mana-mana perkara yang hendak direkod atau didaftarkan oleh Pendaftar mengikut sebagaimana yang dikehendaki di dalam peruntukan Ordinan ini, maka dia melakukan kesalahan dan, jika disabitkan, hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.