ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB V - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA MENGEMUKAKAN DOKUMEN DAN LAIN-LAIN HARTA ALIH DAN UNTUK MELEPASKAN ORANG TERSALAH TAHAN



Seksyen 41. Saman untuk mengeluarkan dokumen atau benda-benda lain.


(1) Apabila mana-mana Mahkamah atau Penyelia Ugama atau pegawai polis yang melakukan penyiasatan di bawah Enakmen ini memikirkan bahawa mana-mana harta atau dokumen itu perlu atau mustahak dikemukakan untuk tujuan mana-mana pemeriksaan, penyiasatan, pembicaraan atau lain-lain tindakan di bawah Enakmen ini oleh atau di hadapan Mahkamah atau pegawai tersebut, Mahkamah itu boleh mengeluarkan saman dan pegawai itu boleh mengeluarkan satu perintah bertulis kepada orang yang dipercayai memiliki atau mempunyai kuasa ke atas harta atau dokumen tersebut untuk hadir dan mengemukakannya pada masa dan di tempat yang disebutkan di dalam saman atau perintah itu.

(2) Mana-mana orang yang dikehendaki di bawah seksyen ini untuknya mengemukakan mana-mana harta atau dokumen hendaklah disifatkan sebagai telah mematuhi permintaan itu jika dia menyebabkan harta atau dokumen itu dikemukakan dan tidak datang sendiri utnuk mengemukakannya.

(3) Tidaklah ada sesuatu di dalam seksyen ini yang boleh disifatkan sebagai menyentuh mana-mana peruntukan undang-undang berkaitan dengan keterangan yang berkuatkuasa pada masa ini atau digunakan bagi mana-mana barang pos, telegram atau lain-lain dokumen di dalam jagaan pihak berkuasa pos atau telegraf.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.