ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 3 - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Waran Penangkapan



Seksyen 33. Mahkamah boleh mengarahkan dengan pengindorsan di atas waran jaminan yang akan diambil.

(1) Mana-mana Mahkamah yang mengeluarkan waran untuk menangkap mana-mana orang bolehlah, dengan menggunakan budibicaranya, mengarahkan dengan pengindorsan di atas waran bahawa jika orang itu melaksanakan bon dengan penjamin yang mencukupi bagi kehadirannya di hadapan Mahkamah pada masa yang ditetapkan dan selepas itu sehingga diarahkan sebaliknya oleh Mahkamah, pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan hendaklah mengambil jaminan itu dan hendaklah melepaskan orang itu daripada jagaan.

(2) Pengindorsan itu hendaklah menyatakan-
(3) Apabila sahaja jaminan diambil di bawah seksyen ini, pegawai yang diarahkan dalam waran itu hendaklah menghantar bon itu ke Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.