ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN I - KERELEVENAN
BAB 2 - QARINAH
Iqrar



Seksyen 15. Fakta berkenaan dengan soal sama ada perbuatan dilakukan dengan tidak sengaja atau dengan sengaja.

Apabila ada soal sama ada sesuatu perbuatan telah dilakukan dengan tidak sengaja atau dengan sengaja atau dilakukan dengan sesuatu pengetahuan atau niat yang tertentu, maka fakta bahawa perbuatan itu adalah satu daripada siri kejadian seumpamanya dalam tiap-tiap satunya orang yang melakukan perbuatan itu ada terlibat adalah qarinah.

MISALAN

A telah ditugaskan menerima fitrah sebagai amil dari orangramai. Adalah menjadi kewajipan A membuat catatan di dalam sebuah buku bagi menunjukkan banyaknya wang yang telah diterimanya. Dia membuat suatu catatan menunjukkan bahawa suatu masa tertentu dia telah menerima kurang daripada yang sebenar diterima olehnya.

Soalnya ialah sama ada catatan palsu ini telah dibuat dengan tidak sengaja atau sengaja. Fakta bahawa catatan lain yang dibuat oleh A dalam buku yang sama adalah palsu dan dalam tiap-tiap kes adalah menguntungkannya adalah qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.