ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 176. Kesalahan Amil.

Barangsiapa yang dilantik menjadi Amil di bawah kaedah-kaedah yang diperbuat di bawah Enakmen ini setelah memungut atau menerima Zakat atau Fitrah tidak menyerahkan pungutan atau terimaan atau kira-kira pungutan atau terimaan itu bagaimana kehendak Enakmen ini atau sebarang kaedah-kaedah yang ada atau yang akan diperbuat dari masa ke semasa adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya sekali dan Mahkamah hendaklah memerintahkan terus supaya diserahkan semua pungutan atau terimaan dan kira-kira pungutan itu kepada Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.