ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Pernyataan Yang Dibuat Dalam Hal Keadaan Khas



Seksyen 23. Bila catatan yang dibuat dalam rekod awam pada melaksanakan kewajipan adalah qarinah.

Sesuatu catatan dalam mana-mana daftar, rekod atau lain-lain buku awam atau rasmi yang menyatakan sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan yang dibuat oleh seseorang pengkhidmat awam pada menunaikan tugas rasminya atau oleh mana-mana orang lain pada melaksanakan sesuatu kewajipan yang diperintahkan dengan khususnya oleh undang-undang bagi negara di mana daftar, rekod atau buku itu disenggarakan, adalah dengan sendirinya qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.