ENAKMEN 5 TAHUN 1989
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM 1989

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 6. Kesalahan mendekati seorang Islam untuk mendedahkannya kepada apa-apa ucapan atau pertunjukan mengenai apa-apa perkara berkaitan dengan suatu agama bukan Islam.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia mengunjungi, atau mengatur atau berusaha mengadakan suatu perjumpaan dengan, atau menghubungi dengan telefon atau dengan apa-apa cara lain, seorang Islam bagi maksud mendedahkan orang Islam itu kepada apa-apa ucapan atau pertunjukan mengenai apa-apa perkara berkaitan dengan suatu agama bukan Islam.

(2) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu.

(3) Dalam suatu pendakwaan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (1), maksud tertuduh itu mengunjungi, atau mengatur atau berusaha mengadakan suatu perjumpaan dengan, atau menghubungi, orang lain itu hendaklah dianggap sebagai maksud mendedahkannya kepada apa-apa ucapan atau pertunjukan mengenai apa-apa perkara berkaitan dengan suatu agama bukan Islam jika, memandang pada keseluruhannya kepada semua yang telah berlaku dalam masa kunjungan, perjumpaan, percakapan telefon atau dengan apa-apa cara lain itu, adalah didapati tanpa keraguan yang munasabah bahawa ianya adalah maksud sebenar atau satu daripada maksud-maksud sebenar tertuduh itu walaupun, dalam masa kunjungan, perjumpaan, atau percakapan telefon atau dengan apa-apa cara lain itu, perkara-perkara atau hal-hal selain dari yang berkaitan dengan maksud itu juga disebut atau dilakukan atau perkara-perkara atau hal-hal yang berkaitan dengan maksud itu tidak disebut atau dilakukan sebanyak perkara-perkara lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.