ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 4 - PROSES UNTUK MEMAKSA PENGEMUKAAN DOKUMEN DAN HARTA ALIH YANG LAIN DAN UNTUK PENEMUAN ORANG YANG DIKURUNG DENGAN SALAH.
Waran Geledah



Seksyen 44. Bila waran geledah boleh dikeluarkan.

(1) Jika-
Mahkamah boleh mengeluarkan waran geledah dan orang yang kepada siapa waran tersebut diarahkan bolehlah menggeledah dan memeriksa mengikut yang diarahkan dalam waran dan mengikut peruntukan dalam Enakmen ini.

(2) Waran geledah biasanya hendaklah diarahkan kepada Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pegawai Penguatkuasa Agama lain yang namanya akan ditetapkan dalam waran itu, dan semua atau mana-mana daripada pegawai itu bolehlah melaksanakan waran itu.

(3) Mahkamah yang mengeluarkan waran geledah boleh mengarahkannya kepada Ketua Polis Negara dan kepada pegawai polis lain yang namanya akan ditetapkan dalam waran itu dan semua atau mana-mana pegawai polis itu boleh melaksanakan waran itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.