ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1991

BAHAGIAN IV - PENDAFTARAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM



Seksyen 12. Pendaftaran.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), tiada orang boleh menubuhkan atau mendirikan Sekolah Agama Islam kecuali sekolah itu didaftarkan mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

(2) Semua Sekolah Agama Islam yang telah ditubuhkan sebelum mula berkuatkuasanya Enakmen ini hendaklah didaftarkan mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen ini dalam tempoh enam bulan dari tarikh mula berkuatkuasanya Enakmen ini, atau dalam sesuatu tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.