ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN III - PERKAHWINAN DAN PENDAFTARAN



Seksyen 7. Perkahwinan yang masih berterusan hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini dan boleh dibubarkan hanya di bawah Enakmen ini.


(1) Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini boleh menyentuh sahnya sesuatu perkahwinan Islam yang telah diakadnikahkan di bawah mana-mana jua undang-undang di mana-mana jua pun sebelum tarikh berkuatkuasa Enakmen ini.

(2) Perkahwinan tersebut, jika sah di bawah undang-undang yang di bawahnya ia telah diakadnikahkan hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

(3) Tiap-tiap perkahwinan tersebut, melainkan jika tak sah di bawah undang-undang yang di bawahnya ianya telah diakadnikahkan hendaklah berterusan sehingga dibubarkan-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.