ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 6. Perkahwinan yang masih berterusan hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini dan boleh dibubarkan hanyalah di bawah Enakmen ini.

(1) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini boleh menyentuh keesahan sesuatu perkahwinan Islam yang telah diakadnikahkan di bawah mana-mana undang-undang di mana-mana juapun sebelum tarikh ditetapkan.

(2) Perkahwinan sedemikian, jika sah di bawah undang-undang yang di bawahnya ia telah diakadnikahkan, hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini.

(3) Tiap-tiap perkahwinan sedemikian, melainkan jika ianya tidak sah di bawah undang-undang yang dibawahnya telah diakadnikahkan, hendaklah berterusan sehingga dibubarkan-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.