ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN XI - ACARA DALAM PEMBICARAAN MAL



Seksyen 214. Surat guaman.


(1) Semua pembicaraan-pembicaraan mal di Mahkamah Kadi Besar atau Kadi hendaklah dimulakan dengan menyerahkan di Mahkamah-mahkamah itu satu surat guaman yang bertandatangan dan hendaklah membayar apa-apa bayaran yang telah ditetapkan.

(2) Surat guaman itu hendaklah mengandungi nama-nama, alamat dan perihal rupa pihak-pihak dalam kes, serta pernyataan yang ringkas berkenaan dengan tindakan, dengan tidak ada hujahan-hujahannya atau butir-butir lanjut yang tidak perlu, dan satu pernyataan pelepasan ke atas tuntutan yang diminta atau hukuman yang dipohon.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.