ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Seksyen 110. Pengiktirafan perkahwinan yang dilakukan di Kedutaan-Kedutaan, dsb., di Negeri Perak Darul Ridzuan
Sesuatu perkahwinan orang Islam yang bukan warganegara Malaysia yang dilakukan di mana-mana Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul negara asing di Negeri Perak Darul Ridzuan hendaklah diiktirafkan sebagai sah bagi segala maksud Enakmen ini jika-
(a) perkahwinan itu telah dilakukan mengikut cara yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang negara Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul itu, atau mengikut cara yang dibenarkan di bawah Enakmen ini;
(b) setiap satu pihak itu mempunyai, pada masa perkahwinannya itu, keupayaan berkahwin di bawah undang-undang tempat bermastautinnya; dan
(c) jika salah satu pihak itu adalah seorang pemastautin di Negeri Perak Darul Ridzuan, kedua-dua pihak mempunyai keupayaan berkahwin mengikut Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.