ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
Bab XXI - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 175. Penjamin-penjamin boleh memohon supaya dilepaskan bon.

(1) Semua atau mana-mana penjamin untuk kehadiran seseorang yang telah dilepaskan atas jaminan boleh pada bila-bila masa membuat permohonan kepada Kadi supaya membatalkan bon itu keseluruhannya atau setakat yang melibat orang yang membuat permohonan itu.

(2) Apabila permohonan itu dibuat Kadi hendaklah mengeluarkan waran tangkapan mengarahkan supaya orang yang dilepas itu dibawa di hadapannya.

(3) Apabila orang itu dibawa mengikut waran itu atau dia menyerah diri, Kadi hendaklah mengarahkan supaya bon itu dibatalkan sama ada keseluruhannya atau setakat yang melibatkan orang yang membuat permohonan itu, dan meminta orang itu supaya mencari penjamin lain yang mencukupi dan jika dia gagal berbuat demikian mengarahkan supaya dia ditahan dalam jagaan.

(4) Seorang penjamin boleh pada bila-bila masa menangkap orang yang dia menjaminkan kehadirannya dan dengan serta-merta membawanya ke hadapan seorang Kadi dan Kadi itu hendaklah membatalkan bon penjamin itu dan meminta orang itu mencari penjamin lain yang mencukupi dan jika orang itu gagal berbuat demikian mengarahkan supaya dia ditahan dalam jagaan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.