ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN V - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB 4 - DARIHAL PERBICARAAN



Seksyen 99. Kuasa untuk mengaward pampasan.

Jika dalam mana-mana kes Mahkamah membebaskan tertuduh dan berpendapat bahawa aduan, maklumat atau pertuduhan itu adalah remeh atau menyusahkan, maka ia boleh, menurut bicaranya, sama ada atas permohonan tertuduh atau atas kehendaknya sendiri, memerintahkan pengadu atau orang yang berdasarkan maklumatnya aduan atau pertuduhan itu telah dibuat membayar kepada tertuduh, atau kepada setiap atau mana-mana tertuduh jika terdapat lebih daripada seorang, apa-apa pampasan, yang tidak melebihi satu ribu ringgit, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah:

Dengan syarat bahawa Mahkamah-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.