ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENYIASATAN KESALAHAN
BAB VI - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MENYIASAT



Seksyen 63. Buku harian mengenai prosiding dalam penyiasatan.

(1) Tiap-tiap Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat sesuatu penyiasatan di bawah Bab ini hendaklah dari hari ke hari mencatatkan prosidingnya dalam penyiasatan itu dalam suatu buku harian penyiasatan dengan menyatakan-

(2) Walau apa pun apa-apa yang terkandung dalam mana-mana undang-undang berhubungan dengan keterangan, seseorang tertuduh tidaklah berhak, sama ada sebelum atau semasa perjalanan apa-apa siasatan atau perbicaraan, meminta atau memeriksa buku harian itu:

Dengan syarat bahawa jika Pegawai Penguatkuasa Agama yang telah membuat penyiasatan itu merujuk kepada buku harian itu, maka hanya catatan yang telah dirujuk oleh pegawai itu hendaklah ditunjukkan kepada tertuduh dan Mahkamah hendaklah atas permintaan pegawai itu menyebabkan apa-apa catatan Iain disembunyikan daripada pandangannya atau ditutup.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.