ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 9 - MEMASTIKAN KEBENARAN KETERANGAN SAKSI



Seksyen 125. Bila saksi tidak perlu diperiksa.

Hakim tidak lagi perlu menjalankan pemeriksaan ke atas saksi yang telah pun nyata keadilannya dalam sesuatu prosiding yang telah dijalankan apabila saksi itu menjadi saksi dalam prosiding yang lain di hadapan Hakim tersebut sekiranya jarak masa antara kedua-dua prosiding itu tidak melebihi enam bulan. Jika jarak masa antara kedua-dua perbicaraan itu melebihi enam bulan, Hakim hendaklah membuat pemeriksaan semula.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.