ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
Bab II - MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH



Seksyen 7. Mengeluarkan orang awam di dalam kes-kes yang tertentu.

Seorang kadi yang mendengar sebarang penyiasatan atau pembicaraan boleh atas alasan-alasan khas bagi kepentingan kesusilaan atau manfaat awam dengan menggunakan budibicaranya mengeluarkan orang awam dari Mahkamah itu pada sebarang peringkat pembicaraan;

Dengan syarat bahawa dia hendaklah merekodkan tiap-tiap perkara seperti itu di dalam rekod pembicaraan tentang alasan-alasan perintah itu dibuat.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.